Friday, March 31, 2023

PERLANTIKAN AHLI JIBG BARU TAHUN 2023 dan MESYUARAT AGUNG JIBG KALI KE-2

 Assalamualaikum w.b.k.t.h 


PERLANTIKAN AHLI JIBG BARU TAHUN 2023 dan MESYUARAT AGUNG JIBG KALI KE-2


Tuan Puan yang dihormati, 

Sejak ditubuhkan pada 2019, Jemaah Ibu Bapa dan Guru (JIBG) Pasti Al Irsyad 3 , Taman kemas telah berusaha menjadi pelengkap kepada usaha pendidikan anak anak di Pasti Al Irsyad 3. 


Mesyuarat agung pertama pada tahun 6 Februari 2020 menjadi medan perbincangan yang berkesan dalam menambahbaik kualiti pendidikan, fasiliti premis, keceriaan dan motivasi guru-guru PAI3. Selaku Pengerusi JIBG (2019-2022), saya menyeru Ibubapa supaya meluangkan masa hadir pada hari ini. Sekiranya terdapat halangan, kami berharap tuan puan dapat mengisi google form untuk Tuan Puan berkongsi idea, pendapat dan cadangan bagi menambahbaik pendidikan anak anak di PAI3. 


TAHNIAH diucapkan kepada Ibu bapa yang telah menulis nama untuk HADIR.  Semoga Allah memberi kemudahan dan ganjaran atas kesudian meluangkan masa hari ini. Memandangkan ramai AJK JIBG telah tidak menghantar anak ke PAI3, maka objektif utama hari ini adalah untuk mencari AJK JIBG yang baharu dari kalangan ibubapa yang hadir. 


Tuan puan diminta mengisi BORANG USUL secara dalam talian. Borang ini juga perlu diisi oleh ibubapa yang tidak dapat hadir pada hari ini. : 

https://jibgpai3.blogspot.com/2019/08/borang-maklumbalas.html


Sekian Terima Kasih

HAIRUL ANUAR BIN SOBIKIN

Pengerusi JIBG

2019-2022


_____________________________________________________________________________

Agenda
1. Pembubaran AJK 2021-2022
2. Pelantikan AJK 2023-2024

_____________________________________________________________________________

1) Pengerusi                         : 

2) Timb. Pengerusi              : 

3) Setiausaha                       : 

4) Pen Setiausaha              : 

5) Bendahari                         : 

6) Pen. Bendahari               : 

7) AJK Keceriaan                 : 

8) AJK Kebajikan                 : 

9) AJK Pendidikan              : 

10) AJK Keusahawanan    : 

11) AJK Tugas Khas           : 

12) Juruaudit                       : 

_____________________________________________________________________________

sila rujuk perlembagaan di sini
https://jibgpai3.blogspot.com/2019/08/perlembagaan.html

No comments:

Post a Comment