PERLEMBAGAAN JEMAAH IBU
BAPA DAN GURU pUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM AL-IRSYAD 3 (JIBG-PAI 3)
PASTI : Pusat Asuhan Tunas Islam Al-Irsyad 3 ,
Nama dan Alamat: No 2, Jalan Siantan 6, Taman Kemas, 81200 Johor Bahru
1. Persatuan ini dikenal dengan nama: Jemaah
Ibu Bapa dan Guru PASTI Al Irsyad 3
2. Alamat yang didaftarkan bagi
Persatuan ini ialah: No 2 Jalan Siantan 6, Taman Kemas, 81200 Johor Bahru.
Tujuan-tujuan JIBG
Tujuan-tujuan JIBG ialah:
a) Untuk mengadakan sesuatu forum dan
perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam PASTI dalam
meningkatkan imej PASTI;
b) Untuk membantu dan menambah usaha PASTI
dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan
mereka;
c) Untuk membolehkan ibu bapa dan
guru dalam PASTI bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan;
d) Untuk memberi peluang kepada ibu
bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama lain dengan cara
memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya; dan
e) Untuk membolehkan ibu bapa dan
guru dalam PASTI untuk berusaha menambah kewangan Sekolah dan meningkatkan
kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan
Pembelajaran
Fungsi
Persatuan JIBG
Fungsi Persatuan ialah untuk
menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan-tujuan persatuan yang
dinyatakan di perenggan 3, seperti:
a) Membantu dalam memajukan
perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid;
b) Menambah sumber kewangan PASTI
bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di PASTI;
c) Meningkatkan kemesraan dan
menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara PASTI dengan masyarakat
setempat;
d) Meningkatkan kecerian premis PASTI
supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan
program Pendidikan
Keanggotaan
Persatuan JIBG
Anggota Persatuan JIBG terdiri
daripada:
a) Semua guru dan pengurusan di PASTI;
b) Ibu bapa kepada murid yang belajar
dalam PASTI; dan
c) Warganegara Malaysia yang
diluluskan permohonan untuk menjadi anggota Persatuan oleh Penaung PASTI, dan
mendapat persetujuan dalam Mesyuarat Agung Tahunan JIBG mengikut mana yang
berkenaan (seperti di Lampiran A); dan
Pengurus PASTI atau Ketua Guru
hendaklah menjadi ex-officio dan Penasihat Persatuan.
Jawatankuasa
Persatuan JIBG
Persatuan hendaklah diuruskan oleh
suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai “Jawatankuasa JIBG”. Jawatankuasa JIBG
hendaklah dilantik oleh anggota Persatuan pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan.
Anggota Jawatankuasa JIBG hendaklah
terdiri daripada warganegara Malaysia sahaja.
Keanggotaan
Jawatankuasa JIBG adalah seperti berikut:
a) seorang Yang Di-Pertua/ Pengerusi;
b) seorang Naib Yang Di-Pertua/
TimbalanPengerusi ;
c) seorang Setiausaha;
d) seorang Bendahari; dan
e) 11 orang Ahli Jawatankuasa
Bilangan ibu bapa dan guru yang
menganggotai Jawatankuasa PIBG hendaklah, seboleh-bolehnya, seimbang
Pengurusan PASTI tidak boleh
menganggotai Jawatankuasa PIBG dan hanya bertindak sebagai Penasihat Persatuan.
Bilangan Ahli Jawatankuasa PIBG di
perenggan 9(e) hendaklah antara 1 hingga 11 orang.
Bilangan anggota Jawatankuasa JIBG di
kalangan anggota Persatuan (bukan anggota guru di sekolah tersebut) yang tidak
mempunyai anak di sekolah itu hendaklah tidak melebihi 1/5 daripada keseluruhan
bilangan anggota Jawatankuasa JIBG berkenaan.
Tempoh memegang jawatan dalam
Jawatankuasa JIBG adalah bermula dari tarikh pelantikan sehingga tarikh
Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun berikutnya atau sehingga suatu tempoh yang
diluluskan oleh penaung.
Jika berlaku kekosongan jawatan dalam
Jawatankuasa JIBG, Yang Di Pertua/ Pengerusi hendaklah melantik mana-mana
anggota biasa Persatuan, berdasarkan undian terbanyak di kalangan anggota
Jawatankuasa JIBG, untuk mengisi kekosongan jawatan itu.
Jawatankuasa JIBG hendaklah
mengedarkan kepada anggota Persatuan senarai nama dan alamat pemegang jawatan
dalam Jawatankuasa JIBG pada setiap tahun selewat-lewatnya 14 hari selepas
tarikh Mesyuarat Agung Tahunan.
Fungsi
Jawatankuasa JIBG
Fungsi Jawatankuasa JIBG ialah
mengelola dan mengatur kegiatan Persatuan dan membuat keputusan atas
perkara-perkara yang menyentuh perjalanan Persatuan, tanpa bercanggah dengan
dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan, Perlembagaan ini dan
Akta Pendidikan 1996 serta peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.
a) Yang Di-Pertua/Pengerusi
i) Menjadi Pengerusi dalam semua
mesyuarat Jawatankuasa JIBG dan Mesyuarat Agung Tahunan dan bertanggungjawab
atas kesempurnaan perjalanan mesyuarat.
ii) Mempunyai undi pemutus dan
hendaklah menandatangani minit-minit mesyuarat apabila telah diluluskan.
iii) Bertanggungjawab mengawasi
pentadbiran Persatuan serta memastikan bahawa peruntukan Perlembagaan dipatuhi
oleh semua anggota Persatuan.
iv) Sentiasa mematuhi segala
peruntukan Perlembagaan dalam menjalankan tugas sebagai Yang Di-Pertua
/Pengerusi.
v) Boleh memanggil mesyuarat
Jawatankuasa JIBG pada bila-bila masa yang difikirkan perlu dengan persetujuan
Penaung atau Penasihat
vi) Menandatangani cek atau penyata
pengeluaran wang Persatuan.
vii) Memastikan segala aktiviti dan
program Persatuan dilaksanakan dengan sempurna dan teratur.
viii) Mendapatkan nasihat mengenai
pengurusan Persatuan dari semasa ke semasa daripada Ketua Guru PASTI selaku
Penasihat Persatuan.
b) Naib Yang Di-Pertua / Timbalan Pengerui
i) Bertanggungjawab membantu Yang
Di-Pertua/ Penegerusi dalam menjalankan fungsi-fungsi Yang Di-Pertua/ Pengerusi.
ii) Menjalankan tanggungjawab dan
fungsi Yang Di-Pertua/ Pengerusi semasa ketiadaan Yang Di-Pertua/Pengerusi.
c) Setiausaha
i) Menjalankan urusan Persatuan
mengikut Perlembagaan Persatuan.
ii) Melaksanakan keputusan-keputusan
Mesyuarat Agung Tahunan dan mesyuarat Jawatankuasa JIBG.
iii) Mencatat, menyedia dan menyimpan
minit-minit mesyuarat Jawatankuasa JIBG dan Mesyuarat Agung Tahunan.
iv) Menyediakan laporan-laporan untuk
dibentangkan kepada Mesyuarat Agung Tahunan serta minit-minit yang bersangkutan
dengannya.
v) Menghantar segala laporan dan
aktiviti Persatuan dan minit Mesyuarat Agung Tahunan kepada Pendaftar atau Pengurusan
PASTI, mengikut mana yang berkenaan, selepas Mesyuarat Agung Tahunan.
vi) Menandatangani cek atau penyata
pengeluaran wang Persatuan, jika perlu.
d) Bendahari
i) Bertanggungjawab mengurus dan
mengawal hal ehwal kewangan Persatuan dengan menyediakan dan menyimpan kira-
kira kewangan yang kemas kini. Penyata kira-kira kewangan (1 Januari hingga 31
Disember) hendaklah disiapkan sebelum 1 Februari tahun berikutnya untuk
diaudit. Penyata kira-kira yang telah diaudit hendaklah dikemukakan untuk
kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan. Satu salinan penyata yang telah diaudit dan
diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dihantar kepada Pendaftar
selepas Mesyuarat berkenaan.
ii) Menguruskan perbelanjaan wang
Persatuan seperti yang diputuskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan atau mesyuarat
Jawatankuasa JIBG.
iii) Menyimpan wang tunai tidak
melebihi sesuatu jumlah yang ditetapkan dalam Perlembagaan pada sesuatu masa.
iv) Menerima bagi pihak Persatuan
semua derma atau sumbangan daripada mana-mana anggota atau lain-lain sumber dan
mengeluarkan resit akaun terima dan kreditkan ke dalam akaun Persatuan pada
hari yang sama.
v) Menandatangani cek atau penyata
pengeluaran wang Persatuan.
vi) Memastikan tiada berlaku terlebih
pengeluaran wang dari akaun Persatuan dan akaun sentiasa berbaki kredit.
Lain-lain
jawatan
Penasihat
Persatuan
a) Pengurus
atau Guru Kanan PASTI
adalah anggota ex-officio Persatuan
dan bertindak sebagai penasihat kepada Jawatankuasa JIBG dan Persatuan. Antara
tanggungjawab dan fungsi Pengurus atau Guru Kanan PASTI adalah seperti berikut;
i) menghadiri mesyuarat Jawatankuasa
JIBG, Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Tergempar, tetapi tidak boleh
mengundi;
ii) mewakili pihak Parti Islam
SeMalaysia bagi mengawal dan menasihati Persatuan supaya segala aktiviti,
kegiatan dan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat-mesyuarat Persatuan tidak
bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan, dasar-dasar negara dan dasar-dasar
mengenai pelajaran dan pendidikan serta hal-hal berkaitan dengan pentadbiran
sekolah;
iii) berhak untuk menghenti dan
menangguhkan mesyuarat Persatuan jika difikirkan wajar untuk kepentingan
anggota Persatuan;
iv) meluluskan semua agenda mesyuarat
dan perkara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa JIBG dan
Persatuan;
v) memberi penjelasan kepada sesuatu
isu mengenai pengurusan dan perjalanan Sekolah dan akademik serta isu-isu yang
berkaitan dengannya dalam mesyuarat persatuan;
vi) memastikan kegiatan persatuan
selaras dengan tujuan dan fungsi Persatuan;
vii) memastikan sumbangan Persatuan
yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan tidak membebankan dan tidak
mengandungi sebarang unsur paksaan; dan
viii) menentukan tetamu kehormat dan para jemputan yang menghadiri majlis anjuran Persatuan dilayan mengikut peraturan dan protokol yang ditetapkan oleh Kementerian.
b) Juru Audit Dalaman
i) Persatuan hendaklah melantik 2
orang juru audit dalaman dari kalangan anggota Persatuan yang tidak menjadi
anggota Jawatankuasa JIBG pada mesyuarat Agung Tahunan.
ii) Tanggungjawab juru audit dalaman
adalah seperti berikut:
a) mengaudit akaun Persatuan pada
setiap akhir tahun kewangan; dan
b) menjalankan pengauditan secara
berkala seperti mana yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
Tempat
bermesyuarat (jika berlainan dari alamat berdaftar)
Mesyuarat Persatuan dan Mesyuarat
Agung Tahunan diadakan di
Kuorum
Kuorum mesyuarat yang diadakan oleh
Persatuan adalah seperti berikut:
a) Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah
tidak kurang daripada 3 kali jumlah bilangan anggota Jawatankuasa JIBG; dan
b) Mesyuarat Jawatankuasa JIBG –
hendaklah tidak kurang 2/3 daripada jumlah bilangan anggota Jawatankuasa JIBG.
Mesyuarat
Agung Tahunan
Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah
pada setiap tahun sebelum akhir bulan Mac.
Jika Mesyuarat Agung Tahunan tidak
diadakan sebelum akhir bulan Mac, Jawatankuasa PIBG hendaklah mengemukakan
alasan dan tarikh yang dicadangkan kepada Pendaftar, melalui Guru Besar atau
Pengetua, sebelum 31 Mac.
Notis tarikh Mesyuarat Agung Tahunan
diadakan hendaklah diberikan kepada anggota Persatuan selewat-lewatnya 14 hari
sebelum tarikh Mesyuarat.
Sekiranya kuorum untuk mengadakan
Mesyuarat Agung Tahunan tidak mencukupi dalam tempoh 1 jam dari masa yang
ditetapkan, Mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan Jawatankuasa JIBG
hendaklah mengeluarkan notis bertulis kepada anggota Persatuan memaklumkan
tarikh baru Mesyuarat Agung Tahunan dalam masa 30 hari dari tarikh asal
tersebut.
Agenda Mesyuarat Agung Tahunan
hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut;
a) ucapan Pengerusi;
b) membentang dan menerima Minit
Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu;
c) membentang dan menerima Laporan
Tahunan;
d) membentang, menerima dan
meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember tahun sebelumnya;
e) membahaskan usul, jika ada;
f) pemilihan Jawatankuasa JIBG bagi
tahun berkenaan;
g) pemilihan Juru Audit Dalaman;
h) ucapan penangguhan; dan
i) lain-lain hal.
Apa-apa usul bertulis hendaklah disampaikan
kepada Jawatankuasa JIBG selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung
Tahunan diadakan. Jawatankuasa JIBG diberi kuasa untuk menapis usul-usul yang
dikemukakan sebelum diluluskan untuk perbincangan dalam Mesyuarat Agung
Tahunan.
Mesyuarat Agung Tahunan
bertanggungjawab memilih pemegang-pemegang jawatan dalam Jawatankuasa JIBG
serta menimbang lain-lain perkara yang menyentuh kemajuan dan kebajikan
Persatuan. Pemilihan pemegang jawatan hendaklah dibuat seperti berikut:
a) anggota yang dicalonkan untuk
memegang jawatan dalam Jawatankuasa JIBG hendaklah hadir dalam Mesyuarat;
b) setiap pencalonan hendaklah
mempunyai pencadang dan penyokong; dan
c) pemilihan hendaklah dijalankan
secara undian bagi jawatan yang ditandingi. Calon yang mendapat undi terbanyak
dipilih menjawat jawatan yang dipertandingkan.
Mesyuarat
Agung Tergempar
Mesyuarat Agung Tergempar boleh
diadakan dalam keadaan-keadaan berikut:
a) apabila difikirkan perlu oleh Jawatankuasa
JIBG;
b) atas permintaan bertulis
sekurang-kurangnya 1/5 daripada jumlah anggota Persatuan; atau
c) atas arahan Penaung.
Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah
diadakan dalam tempoh 21 hari daripada tarikh keputusan Jawatankuasa JIBG atau
tarikh penerimaan permintaan anggota Persatuan atau tarikh arahan Pendaftar,
mengikut mana yang berkenaan. Notis bertulis mengenai Mesyuarat Agung Tergempar
hendaklah dikemukakan kepada anggota Persatuan selewat-lewatnya 7 hari dari
tarikh Mesyuarat hendak diadakan.
Urusan Mesyuarat Agung Tergempar
hendaklah dihadkan kepada tujuan Mesyuarat itu diadakan.
Laporan
Mesyuarat
Laporan Mesyuarat Agung Tahunan
bersama-sama Penyata Kira-kira Kewangan Persatuan hendaklah dihantar kepada
Penaung mengikut mana yang berkenaan, dalam tempoh 30 hari selepas tarikh
Mesyuarat.
Laporan Mesyuarat Agung Tergempar
hendaklah dihantar kepada Penaung dalam tempoh 30 hari selepas tarikh
Mesyuarat.
Mesyuarat
Jawatankuasa JIBG
Jawatankuasa JIBG hendaklah
bermesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali dalam tempoh satu tahun persekolahan.
Notis panggilan mesyuarat hendaklah
diberikan kepada anggota Jawatankuasa JIBG selewat-lewatnya 7 hari sebelum
tarikh Mesyuarat.
Yang
Di-Pertua/Pengerusi, atau sekurang-kurangnya 3 orang anggota Jawatankuasa JIBG,
boleh memanggil mesyuarat Jawatankuasa JIBG apabila difikirkan perlu dengan
persetujuan Penasihat.
Setiap anggota Jawatankuasa JIBG yang
tidak hadir mesyuarat sebanyak 2 kali tanpa sebab boleh digugurkan keanggotaan
dalam jawatankuasa JIBG secara automatik dan Yang Di-Pertua/ Pengerusi
hendaklah mengemukakan notis bertulis kepada anggota berkenaan sebaik sahaja
keputusan itu dibuat.
Punca-Punca
Pendapatan Persatuan
Punca-punca pendapatan Persatuan
adalah terdiri daripada;
a) sumbangan anggota Persatuan JIBG
(anggota Persatuan tidak boleh dipaksa memberi apa-apa sumbangan);
b) derma dan sumbangan daripada
individu, organisasi dan badan-badan lain;
c) pendapatan yang diperolehi
daripada aktiviti dan program unjuran Persatuan yang telah mendapat kelulusan
Penaung.
Jawatankuasa hendaklah membuka satu
akaun di mana-mana bank tempatan yang berdaftar atas nama Persatuan jika perlu.
Apa-apa wang yang diterima atau
diperolehi oleh Persatuan hendaklah dikreditkan ke dalam akaun Persatuan pada
hari wang diterima atau diperolehi. Walau apa pun peruntukan ini, Bendahari
boleh menyimpan wang tunai yang tidak melebihi RM 1000 pada satu-satu masa.
Perbelanjaan
Wang Persatuan
Jawatankuasa PIBG diberi kuasa untuk
membelanjakan wang Persatuan bagi perkara-perkara yang mendatangkan faedah
kepada murid-murid Sekolah yang tidak bercanggah dengan tujuan-tujuan Persatuan.
Segala cek atau kenyataan pengeluaran
wang daripada akaun Persatuan hendaklah ditandatangan oleh Bendahari dan Yang
Di-Pertua/ Pengerusi atau Setiausaha, semasa ketiadaan Yang
Di-Pertua/Pengerusi.
Bendahari dan Yang Di-Pertua/Pengerusi
hendaklah memastikan tiada berlaku terlebih pengeluaran wang dan akaun
Persatuan sentiasa berbaki kredit.
Tahun kewangan Persatuan bermula pada
1 Januari hingga 31 Disember tahun semasa.
Penyimpanan
akaun pendapatan dan perbelanjaan
Penyata Kira-kira Kewangan Persatuan
yang telah diaudit hendaklah dibentangkan untuk diterima dan diluluskan oleh
anggota Persatuan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
Satu salinan Penyata Kira-kira
Kewangan yang telah diaudit serta diterima dan diluluskan dalam Mesyuarat Agung
Tahunan hendaklah dihantar kepada Pendaftar dan Pegawai Pendidikan Daerah atau
Pegawai Pendidikan Bahagian mengikut mana-mana yang berkenaan.
Penaung, Pengurus dan Ketua Guru
PASTI adalah dibenarkan memeriksa akaun Persatuan pada bila-bila masa.
Harta
Amanah Persatuan
Persatuan
tidak boleh memegang apa-apa harta, sama ada harta alih atau harta tak alih,
atas namanya sendiri. Apa-apa harta yang, sebelum dari tarikh Perlembagaan ini
berkuat kuasa, diletakkan atas nama Persatuan hendaklah dialihkan kepada
PartiIslam Malaysia, yang diwakili oleh PASTI, sebagai harta yang diamanahkan
oleh Persatuan untuk digunakan bagi faedah murid-murid PASTI itu sahaja atau
sebagaimana yang ditetapkan oleh Jawatankuasa JIBG dari masa ke semasa.
Apa-apa harta yang diamanahkan kepada
PASTI tidak boleh dipindah milik atau dilupuskan dengan apa cara sekali pun,
melainkan dengan persetujuan anggota Persatuan yang diperolehi dalam Mesyuarat
Agung Tahunan.
Pindaan
Perlembagaan Persatuan
Apa-apa cadangan untuk meminda
Perlembagaan Persatuan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar/ Penaung, melalui
Penasihat atau Ketua Guru PASTI, untuk kelulusan terlebih dahulu.
Cadangan pindaan yang hendak
dikemukakan kepada Pendaftar/Penaung hendaklah dibentangkan dalam Mesyuarat
Agung Tahunan dan dipersetujui oleh sekurang-kurangnya 2/3 daripada anggota
Persatuan yang hadir.
Pindaan kepada Perlembagaan hanya
berkuat kuasa mulai daripada pindaan diluluskan oleh Pendaftar/Penaung.
Pendaftar/Penaung berhak meluluskan
atau tidak sebarang pindaan yang dicadangkan oleh Persatuan.
Larangan
Persatuan tidak boleh memperluaskan
bidang kuasanya untuk merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran
dan pengurusan PASTI, guru, kakitangan dan pekerja PASTI dan syarat-syarat
perkhidmatan guru dan kakitangan Sekolah.
Persatuan bukanlah suatu entiti
undang-undang dan tidak mempunyai keupayaan juridikal untuk membuat kontrak,
perjanjian atau memorandum persefahaman, atas namanya sendiri. Apa-apa program
dan aktiviti yang hendak dibuat oleh Persatuan yang memerlukan apa-apa
suratcara yang mengikat dari segi undang-undang hendaklah dirujuk kepada
Pendaftar/Penaung, melalui Pengurus atau Ketua Guru, untuk kelulusan dan
panduan.
Persatuan tidak boleh menjadi forum
atau jentera bagi menyelesaikan sebarang pertikaian antara Persatuan dengan Penaung
atau Guru PASTI, Parti Islam SeMalaysia, Kerajaan Negeri atau Kerajaan
Persekutuan.
Persatuan tidak boleh bergabung
dengan persatuan ibu bapa-guru di sekolah- sekolah lain, parti politik,
kesatuan sekerja, pertubuhan bukan kerajaan atau lain-lain organisasi,
pertubuhan atau persatuan, sama ada yang ditubuhkan atau berdaftar di bawah
mana-mana undang-undang bertulis atau tidak.
Tafsiran
Sebarang kekeliruan atau pertikaian
yang timbul daripada Perlembagaan ini hendaklah dirujuk kepada Pendaftar/Penanung
melalui Penasihat atau Ketua Guru.
Pembubaran
Persatuan hanya boleh dibubarkan
dalam keadaan berikut:
a) atas arahan bertulis daripada
Pendaftar/Penanung; atau
b) PASTI berhenti beroperasi
Apa-apa wang dalam akaun Persatuan
hendaklah digunakan sebagaimana yang ditetapkan oleh Pendaftar dan kegunaannya
hendaklah bagi memanfaatkan pendidikan kanak-kanak di kawasan di mana PASTI itu
berada. Apa-apa harta alih dan tak alih yang telah diamanahkan kepada Sekolah
hendaklah dilupuskan mengikut cara yang ditetapkan oleh Pendaftar.
Penasihat atau Ketua Guru Kanan
hendaklah memulangkan Sijil Pendaftaran Persatuan kepada Pendaftar apabila
Persatuan dibubarkan.
RUJUKAN
AKTA
PENDIDIKAN 1996
PERATURAN-PERATURAN
PENDIDIKAN
(PERSATUAN
IBU BAPA & GURU) 1998
[Sub
peraturan 7(2)]
Disediakan
oleh:
HAIRUL
ANUAR BIN SOBIKIN
Pengerusi
Jemaah Ibu
Bapa dan Guru
PASTI Al
Irsyad 3
No comments:
Post a Comment