Alhamdulillah, 2 buah tandas di PAI 3 telah diubahsuai daripada tandas cangkung kepada tandas duduk.
Wednesday, April 26, 2023
PROJEK UBAH SUAI TANDAS PAI 3 / 2023
Wednesday, April 19, 2023
SUMBANGAN DANA JIBG UNTUK PROJEK YANG DIBINCANGKAN DALAM MESYUARAT AGUNG JIBG PAI3 2023
-naik taraf tandas cangkung kepada tandas duduk
3. Projek Pembinaan Bumbung dewan terbuka dan tandas tambahan.
- beberapa aktiviti sosial akan dilaksanakan dan akan dibincagkan lebih lanjut dalam mesyuarat JIBG akan datang. Sumbangan Tuan Puan amat dialau alukan bagi menjayakan program program yang diranncang dengan izin Allah.
InshaAllah Tuan Puan boleh menyumbang melalui pautan yang disediakan.
• Selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama transaksi kami.
Friday, March 31, 2023
PERLANTIKAN AHLI JIBG BARU TAHUN 2023 dan MESYUARAT AGUNG JIBG KALI KE-2
Assalamualaikum w.b.k.t.h
PERLANTIKAN AHLI JIBG BARU TAHUN 2023 dan MESYUARAT AGUNG JIBG KALI KE-2
Tuan Puan yang dihormati,
Sejak ditubuhkan pada 2019, Jemaah Ibu Bapa dan Guru (JIBG) Pasti Al Irsyad 3 , Taman kemas telah berusaha menjadi pelengkap kepada usaha pendidikan anak anak di Pasti Al Irsyad 3.
Mesyuarat agung pertama pada tahun 6 Februari 2020 menjadi medan perbincangan yang berkesan dalam menambahbaik kualiti pendidikan, fasiliti premis, keceriaan dan motivasi guru-guru PAI3. Selaku Pengerusi JIBG (2019-2022), saya menyeru Ibubapa supaya meluangkan masa hadir pada hari ini. Sekiranya terdapat halangan, kami berharap tuan puan dapat mengisi google form untuk Tuan Puan berkongsi idea, pendapat dan cadangan bagi menambahbaik pendidikan anak anak di PAI3.
TAHNIAH diucapkan kepada Ibu bapa yang telah menulis nama untuk HADIR. Semoga Allah memberi kemudahan dan ganjaran atas kesudian meluangkan masa hari ini. Memandangkan ramai AJK JIBG telah tidak menghantar anak ke PAI3, maka objektif utama hari ini adalah untuk mencari AJK JIBG yang baharu dari kalangan ibubapa yang hadir.
Tuan puan diminta mengisi BORANG USUL secara dalam talian. Borang ini juga perlu diisi oleh ibubapa yang tidak dapat hadir pada hari ini. :
https://jibgpai3.blogspot.com/2019/08/borang-maklumbalas.html
Sekian Terima Kasih
HAIRUL ANUAR BIN SOBIKIN
Pengerusi JIBG
2019-2022
_____________________________________________________________________________
Agenda
1. Pembubaran AJK 2021-2022
2. Pelantikan AJK 2023-2024
_____________________________________________________________________________
1) Pengerusi :
2) Timb. Pengerusi :
3) Setiausaha :
4) Pen Setiausaha :
5) Bendahari :
6) Pen. Bendahari :
7) AJK Keceriaan :
8) AJK Kebajikan :
9) AJK Pendidikan :
10) AJK Keusahawanan :
11) AJK Tugas Khas :
12) Juruaudit :
_____________________________________________________________________________
sila rujuk perlembagaan di sini
https://jibgpai3.blogspot.com/2019/08/perlembagaan.html
AKTIVITI JIBG 2022
PROJEK KECERIAAN TEMBOK PAI3
JAN